Aku tak tau macam mana nak mula menulis.. aku takut bila aku menulis, aku akan menyakit hati org yg aku sayang, aku takut aku akan menguris perasaan org yg aku sayang, aku takut aku akan menjatuhkan maruah org yg aku sayang..
Tapi ini saja cara untuk aku meluahkan perasaan.. aku tak berapa gemar menulis menggunakan pen dan kertas kerana ianya mengambil masa yg lama dan susah kalau nak edit.. aku juga tak betah menulis di ofis kerana teman sepejabat pasti dapat mengesan perubahan ku..
Banyak yg aku nak tulis.. sehinggakan aku tak tau aku nak mula dari maner.. banyak yg berada dalam kepala aku ni.. tapi aku tak boleh nak buat keputusan dgn tepat.. tak per la, setidak-tidak nya aku meluahkan rasa hati aku yg tak boleh nak buat keputusan ni.. cukup la setakat ni.. aku tak sanggup untuk menyinggung hati org-org yg aku sayang..
Biarla aku sendiri menyimpan rasa hati ini.. kalau aku rajin nanti aku akan tulis dalam diary aku.. mungkin esok, mungkin minggu depan.. tapi yg pasti aku akan menulis rasa hati ini kerana bagi aku ini sahaja cara untuk aku meluahkan aper yg aku rasa..
Posted by pekanku
at 1:38 PM JST